Tuesday 18 October 2011

Gula vs Lemak

Tahukah anda? Badan kita akan menggunakan tenaga yang terdapat daripada kandungan gula di dalam badan terlebih dahulu sebelum menggunakan tenaga daripada kandungan lemak di dalam badan apabila kita melakukan aktiviti fizikal. Jadi, untuk memastikan badan membakar lemak dengan efektif untuk tujuan penurunan berat badan melalui aktiviti fizikal seperti jogging dan senamrobik, adalah disarankan agar kita melakukan aktiviti fizikal pada waktu kadar kandungan gula dalam badan kita di paras yang rendah.. Persoalannya, bilakah kandungan gula kita berada di paras yang rendah? Ianya adalah pada waktu awal pagi sejurus kita bangun dari tidur, kerana pada waktu inilah kandungan gula dalam badan kita berada di tahap yang PALING rendah.Justeru itu jika anda melakukan aktiviti fizikal pada waktu ini, badan akan membakar lemak untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Anda boleh memilih gerakan solat atau senamrobik untuk menjadikan ia lebih efektif!

0 comments:

Post a Comment